Pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu ke arah memperkasakan sektor perkhidmatan awam negara jelas memperlihatkan keprihatinan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 16 Julai 1981 dengan memperkenalkan Sistem Kad Perakam Waktu (KPW). Sistem KPW yang dicetuskan idea oleh Dr. Mahathir pada 12 Ogos 1981 itu merupakan inisiatif beliau dalam usaha meningkatkan prestasi disiplin kakitangan awam agar lebih beretika serta mempunyai tahap…










