Jurutol nyaris maut pondok tol dirempuh treler - Utusan Malaysia

Jurutol nyaris maut pondok tol dirempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 23 Mei – Seorang jurutol nyaris maut selepas sebuah treler yang terbabas merempuh plaza tol di Kubang Semang, Lebuhraya Butterworth-Kulim di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, jurutol wanita berusia 30-an itu yang berada di dalam pondok tambah nilai tersebut hanya cedera ringan.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kejadian berlaku apabila muatan barangan lusuh yang dibawa treler itu tersangkut sebelum merempuh pondok tol berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati treler itu membawa muatan berlebihan dan tersangkut pada pondok tol sehingga roboh.

“Sebahagian runtuhan itu menimpa bumbung sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang berada di lorong bersebelahan di lorong paling kiri,” katanya kepada kepada pemberita di sini hari ini.

 

Menurut Nik Ros Azhan, jurutol dan pemandu kereta tersebut hanya cedera ringan manakala pemandu treler tidak cedera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini