KUALA TERENGGANU 2 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menggempur perkidmatan bas persiaran di negeri ini yang dikesan tidak menyediakan khidmat pemandu pelancong dalam operasi sempena cuti umum Hari Pekerja semalam. Ops Khas Bas Persiaran itu dilancarkan di sekitar lokasi pelancongan di negeri yang laluannya menjadi tumpuan bas berkenaan untuk membawa pelancong. Jurucakap JPJ negeri berkata, antara tumpuan operasi adalah di Pasar Besar Kedai Payang, Taman Tamadun Islam (TTI)…










