JPJ Sarawak tingkat operasi sepanjang perayaan Gawai dan Aidilftri - Utusan Malaysia

JPJ Sarawak tingkat operasi sepanjang perayaan Gawai dan Aidilftri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan mempertingkatkan operasi sepanjang musim perayaan Gawai dan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini terus terjamin.

Memetik portal Utusan Borneo, Pengarah JPJ Sarawak, Syafiq Anas Abdullah berkata, pihaknya telah melancarkan operasi sempena kedua-dua perayaan tersebut bermula 29 Mei dan akan diteruskan sehingga 13 Jun dengan melibatkan 90 pegawai di seluruh negeri.

“Pada Rabu, kita telah menjalankan pemeriksaan ke atas 191 buah kenderaan dan mengeluarkan 34 notis atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengetuai operasi di Kuching-Samarahan Expressway hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, semalam, JPJ mengeluarkan sebanyak 198 notis selepas menjalankan pemeriksaan terhadap 756 kenderaan yang kebanyakannya terdiri daripada motosikal (419).

Menurutnya juga, operasi akan lebih fokus terhadap motosikal kerana kenderaan itu lebih cenderung mengalami kemalangan.

“Dalam masa sejam sahaja selepas sekatan jalan dibuat hari ini, kita sudah mengeluarkan 38 notis kepada penunggang motosikal,” tambahnya.

Syafiq Anas berkata, selain sekatan jalan, JPJ juga akan melaksanakan konsep ‘Hit and Run’ di mana pegawai JPJ yang memakai motosikal akan ditempatkan di tempat-tempat khusus untuk menangkap pembawa motosikal yang melakukan kesalahan dengan melakukan pusingan U selepas menyedari ada sekatan jalan.

“Kita juga akan menyamar sebagai penumpang bas untuk memastikan syarikat bas tidak mengambil kesempatan sempena musim perayaan dan membahayakan nyawa penumpang.

“Setakat ini, kita sudah memeriksa 15 buah bas dan mengeluarkan empat notis bagi pelbagai kesalahan seperti tidak ada pemandu kedua dan mengambil penumpang di sepanjang jalan di persimpangan atau tempat lain yang tidak dibenarkan,” tambahnya.

Sebanyak 14 bas juga diarah untuk menjalani pemeriksaan keselamatan dan mengetahui sama ada ia boleh digunakan ataupun tidak, kerana ada bas yang didapati menggunakan tayar lusuh, katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini