Jokowi selesa mendahului, Prabowo boikot - Utusan Malaysia

Jokowi selesa mendahului, Prabowo boikot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 15 Mei – Proses pengiraan kertas undi bagi pilihan raya Presiden (Pilpres) Indonesia kini melebihi 80 peratus, dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) selesa mendahului pencabarnya, Prabowo Subianto.

Prabowo, yang sebelum ini menolak hasil keputusan kiraan rasmi oleh badan-badan bebas yang turut memenangkan Jokowi, kini bertindak pula memboikot proses pengiraan undi rasmi oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU), yang didakwanya berlaku unsur penipuan.

Mengikut pengiraan undi menerusi laman web rasmi KPU setakat tengah hari ini, pengiraan undi itu melibatkan 669,846 daripada 813,350 Tempat Pembuangan Suara (TPS) atau pusat pengundian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jokowi yang mempertahankan jawatannya, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma’ ruf Amin memperoleh 71,029,379 undi, manakala Prabowo dan pasangannya Sandiaga Uno meraih 55,282,221 undi.

Pada 17 April lepas, sebanyak 77.5 peratus daripada 192,828,520 pengundi yang layak, mengundi pada pemilihan umum (Pemilu).

Proses pengiraan undi Pemilu dijangka selesai 22 Mei ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini