Jokowi mendahului dengan 55.6 peratus - Utusan Malaysia

Jokowi mendahului dengan 55.6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 20 Mei – Calon Presiden nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi dilihat terus berada di kedudukan yang selesa apabila mendahului pencabarnya, Prabowo Subianto dengan 11.26 peratus dalam kiraan awal undi yang sudah mencapai 90.7 peratus, semalam.

Detik News melaporkan, jumlah itu adalah berdasarkan pengiraan undi menerusi laman web rasmi Komisi Pemilihan Umum (KPU) setakat pukul 8.22 malam tadi, yang melibatkan 738.015 daripada 813,350 Tempat Pembuangan Suara (TPS) atau pusat pengundian.

Mengikut pengiraan itu, Jokowi memperoleh 55.6 peratus undi berbanding Prabowo yang hanya mendapat 44.37 peratus. -AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini