TOKYO 14 Mei – Jepun bakal melancarkan operasi kereta api paling laju di dunia menjelang 2030.
Digelar Alfa-X, kereta api itu mampu mencapai kelajuan sehingga 360 kilometer per jam dan terdiri daripada 10 gerabak.
Daily Mail melaporkan, Alfa-X memiliki reka bentuk yang menarik dipadankan dengan muncung yang panjang dan tajam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kereta api laju itu telah memulakan ujian hari ini.
Sapporo, bandar utama di rantau Hokkaido, akan dihubungkan dengan rangkaian ultra-cepat dan, jika kereta api mencapai kelajuan yang ditetapkan itu, perjalanan antara Tokyo dan Sapporo akan menjadi singkat.











