Jenazah Sultan Ahmad Shah tiba di TUDM Kuantan - Utusan Malaysia

Jenazah Sultan Ahmad Shah tiba di TUDM Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 22 Mei – Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah tiba dari Istana Negara di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 7.17 petang ini.

Jenazah baginda akan dibawa ke Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan dekat sini untuk penghormatan terakhir yang mana bagi orang kenamaan, sultan dan raja-raja bermula pukul 11 pagi esok manakala orang ramai pula bermula malam ini hingga pagi esok.

Sultan Ahmad Shah, 88, yang memerintah Pahang selama 45 tahun mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 8.50 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Almarhum yang merupakan Sultan Pahang Kelima memegang tampuk pemerintahan negeri selama 45 tahun sebelum diambil alih oleh anakanda baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Januari lalu ekoran keadaan kesihatan baginda yang tidak mengizinkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini