Jenazah dua beranak selamat dikebumikan satu liang lahad - Utusan Malaysia

Jenazah dua beranak selamat dikebumikan satu liang lahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 5 Mei – Jenazah mangsa, Hasliza Arini Muhamad @ Hamid, 34, dan anak bongsunya, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2, yang maut dalam kemalangan di Raub, Pahang selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.50 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran di sini.

Kedua beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad selepas disembahyangkan di surau berhampiran sebaik tiba dengan van jenazah dari Hospital Raub, Pahang.

Suasana pilu menyelubungi majlis pengkebumian itu dimana hampir 100 ahli keluarga serta penduduk hadir menunaikan solat jenazah dan majlis pengkebumian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, ibu Allahyarham Hasliza Arini, Sapinah Hussin, 67, dilihat tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja menyaksikan satu persatu jenazah anak dan cucunya diturunkan ke liang lahad.

Dalam tragedi pukul 2.45 pagi semalam enam maut termasuk seorang bayi perempuan apabila dua kereta jenis Perodua Myvi dan Kancil bertembung di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan, Raub, Pahang.

Kejadian tragis itu meragut nyawa dua penumpang Perodua Myvi, Hasliza Arini dan Muhammad Khalish Kautsar.

Manakala suami mangsa, Mohd Syaril Sulaiman, 44, serta dua anaknya Khaliesa Khairina, 7, dan Dhia Afriena, 5, cedera parah akibat kemalangan tersebut.

Sementara itu empat beranak pemandu Perodua Kancil, Nasrul Fakhri Mansor, 38, dan isterinya, Hartini Moktar, 37, serta anak ketiga mereka, Nur Faqihah, 4, maut di lokasi kejadian.

Dalam pada itu anak bongsu pasangan itu, Nur Fateen Sufi yang berusia setahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raub.

Manakala anak sulung mereka, Muhammad Haziq, 10, dan anak kedua, Nur Fathiyah, 8, mengalami kecederaan parah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini