Jenazah Abu Hassan Din Al Hafiz selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Jenazah Abu Hassan Din Al Hafiz selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mei – Jenazah bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Jalan Kuala Lumpur – Karak, Taman Selaseh, di sini petang tadi.

Jenazah dikebumikan kira-kira pada pukul 6.10 petang tadi dengan kehadiran ratusan ahli keluarga, saudara-mara, rakan dan pengikut Allahyarham.

Turut berkenan berangkat, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah, Taman Batu Muda.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosbi Shabudin, 66, serta tujuh anak dan 13 cucu.

Allahyarham adalah adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din, yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada September 2016.

Arwah dilahirkan di Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir.

Allahyarham mulai bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini