Jangan gentar lawan Jepun - Utusan Malaysia

Jangan gentar lawan Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Kapten Malaysia, Goh Soon Huat menegaskan, dia dan rakan-rakannya sudah bersedia untuk berdepan sesiapa sahaja pemain yang bakal diturunkan Jepun dalam suku akhir kejohanan badminton Piala Sudirman di Nanning, China esok.

Biarpun turun sebagai underdog, pemain beregu campuran itu berkata, Malaysia akan turun bermati-matian untuk melakar kejutan terbesar kejohanan.

“Tidak kisah siapa yang akan kita hadapi, saya percaya pasukan kita bersedia untuk melawan dan berikan yang terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai ketua pasukan, saya akan pastikan rakan sepasukan masuk ke gelanggang, dengan rasa yakin dan tidak gentar kepada lawan, kerana kita mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia dan kita akan berikan yang terbaik,” katanya dalam Instagram Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Malaysia yang menamatkan perlawanan Kumpulan D di tempat kedua, diundi bertemu pasukan pilihan kedua, Jepun yang menjuarai Kumpulan A.

Pasukan negara yang kalah 0-5 kepada China, sebelum menumpaskan India 3-2 dalam aksi kumpulan, tumpas 1-3 di tangan Jepun pada edisi 2017 di Gold Coast. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini