Jambatan baharu Pulau Setulu beri manfaat - Utusan Malaysia

Jambatan baharu Pulau Setulu beri manfaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 31 Mei – Pembukaan jambatan baharu Pulau Setelu sebagai jalan alternatif ke Jeli dapat memberi manfaat kepada 100,000 pengguna jalan raya untuk pulang ke kampung ketika musim Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, laluan itu dapat mengatasi kesesakan jalan untuk perantau pulang beraya ke negeri ini.

Katanya, setiap tahun pengguna berdepan dengan masalah kesesakan apabila melalui jalan utama melalui Gua Musang ke Kota Bharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita buka jambatan berharga RM36.2 juta ini untuk memudahkan orang ramai untuk pulang berhari raya apabila ia mampu memendekkan masa selama 1 jam 45 minit dari Gua Musang untuk ke Jeli.

“Jambatan ini juga memberi manfaat kepada penduduk di 20 buah kampung di kawasan ini untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membawa keluar hasil pertanian mereka dengan lebih cepat,” katanya.

Rina Mohd. Harun menyerahkan cenderamata kepada pengguna yang melalui jambatan baharu Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan, petang ini.

Beliau berkata kepada pemberita selepas membuat Lawatan Kerja ke Projek Jambatan Baharu Pulau Stelu, di Kampung Pulau Setelu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Sazmi Miah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini