Jajaran Seksyen 8 WCE boleh dibuka untuk pengguna - Utusan Malaysia

Jajaran Seksyen 8 WCE boleh dibuka untuk pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Mei – Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dari Hutan Melintang ke Teluk Intan kini sudah boleh digunakan dan sedia untuk dibuka kepada pengguna.

Pengarah Urusan WCE Sdn. Bhd., Datuk Neoh Soon Hiong berkata, bagaimanapun tarikh pembukaan jajaran tersebut akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Menurutnya, pihak WCE Sdn Bhd. telah membuat pemeriksaan di tapak jajaran Seksyen 8 WCE iaitu dari Hutan Melintang ke Teluk Intan bersama Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan tersebut meliputi semakan terhadap penyiapan fizikal lebuh raya serta aspek keselamatan.

JAJARAN Seksyen 8 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dari Hutan Melintang dan Teluk Intan yang
JAJARAN Seksyen 8 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dari Hutan Melintang dan Teluk Intan yang sudah siap dan dijangka dibuka kepada pengguna tidak lama lagi. – UTUSAN ONLINE/ AIN SAFRE BIDIN

“Hasil pemeriksaan mendapati jajaran Seksyen 8 telah mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh LLM dan boleh dibuka kepada pengguna namun tertakluk kepada proses pewartaan.

“Tarikh pembukaan akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jajaran Lebuhraya WCE merentasi Selangor dan Perak sepanjang 233km dengan di Selangor bermula dari Jalan Banting – KLIA (B18) hingga Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang sepanjang 93.8km.

Di Perak, WCE bermula dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Plaza Tol Changkat Jering sepanjang 139.2km.

WCE dijangka dibuka sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memudahkan pengguna jalan raya pulang ke destinasi masing-masing.

Namun, Soon Hiong menegaskan perkara itu bergantung kepada kerajaan Persekutuan untuk meluluskan pembukaan lima pakej tersebut iaitu Seksyen 4,5 di Selangor serta Seksyen 8, 9 dan 10 di Perak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini