IPOH 27 Mei – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan ke atas beberapa pihak termasuk pengurusan masjid dan surau serta penganjur program didakwa berbaur politik yang dijalankan di tempat ibadah itu. Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, tindakan membenarkan aktiviti politik termasuk ceramah diadakan di lokasi tersebut jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran Agama dan Dakwah 2013. Justeru itu katanya, siasatan akan dilakukan terhadap pengerusi dan ahli jawatan kuasa…










