Istana empayar Mesir purba berusia 2,600 tahun ditemui - Utusan Malaysia

Istana empayar Mesir purba berusia 2,600 tahun ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINAI UTARA, Mesir – Ahli arkeologi telah berjaya menemui tapak istana berusia 2,000 tahun yang digunakan untuk melindungi sempadan sebelah timur Mesir purba, di sini baru-baru ini.

Istana yang digunakan oleh tentera Mesir purba itu dianggarkan beroperasi antara tahun 664 hingga 610 Sebelum Masihi di era Psamtik, iaitu kerajaan terakhir sebelum penaklukan Parsi pada tahun 525 Sebelum Masihi.

Antara artifak yang ditemui di tapak istana tersebut adalah anak panah yang diperbuat daripada besi, pisau belati batu dan patung-patung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka mendapati tapak tersebut mungkin menempatkan dua buah istana, dengan istana utama mempunyai 16 buah menara. Ia dibina di atas tapak satu lagi bangunan yang belum siap.

“Istana yang dibina dari batu-bata itu milik dinasti ke-26 dan merupakan yang tertua dalam sejarah,” kata Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini