Iklan raya TNB terap tradisi kunjung-mengunjungi - Utusan Malaysia

Iklan raya TNB terap tradisi kunjung-mengunjungi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Bersempena Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekali lagi menampilkan sebuah iklan raya yang mengetengahkan tradisi kunjung-mengunjungi pada musim perayaan bertujuan mengeratkan semangat kekeluargaan dan memperkukuh perpaduan masyarakat Malaysia.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman berkata, iklan raya kali ini kaya dengan unsur-unsur kekeluargaan seperti tolak ansur, saling menghormati, kesefahaman dan keikhlasan dalam memperkukuhkan hubungan silaturrahim.

“Kita ingin berkongsi keseronokan dan kemeriahan sambutan hari raya dengan tradisi kunjung-mengunjung supaya ia terus kekal sebagai satu budaya dalam memupuk semangat persaudaraan dan kekeluargaan yang kuat, seterusnya perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Iklan raya itu adalah sebahagian daripada tradisi TNB menyampaikan mesej-mesej bermakna untuk menyambut pelbagai perayaan agama dan budaya sepanjang tahun.

Seperti iklan-iklan perayaan TNB sebelum ini, antara mesej yang disampaikan melalui plot iklan kali ini bukan sahaja khusus untuk umat Islam yang menyambut Hari Raya, malah untuk seluruh rakyat Malaysia.

Bertajuk “Konvoi Epik Fantastik”, iklan itu menggambarkan pengalaman dan tradisi sambutan hari raya Nabila, si gadis bandar yang mengikuti konvoi raya ke semua sepuluh rumah adik beradik Tok Wannya.

Sepanjang perjalanan itu, dipaparkan pelbagai babak yang menyentuh perasaan dan mencuit hati, semestinya bagi memastikan tradisi kunjung-mengunjung diterapkan sebagai budaya dalam jiwa masyarakat kini.

Iklan raya itu dijadualkan ke udara di rangkaian televisyen bermula 1 Jun depan, bagaimanapun filem web penuh “Konvoi Epik Fantastik” kini boleh ditonton di youtube.com/TENAGAofficial #KonvoiEpik Fantastik mulai hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini