KUALA LUMPUR 31 Mei – Warga Markas Tentera Darat diingatkan supaya sentiasa melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan tulus dan ikhlas. Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi turut berpesan agar warga Tentera Darat sentiasa mengutamakan keselamatan dan memandu dengan berhemah sepanjang musim perayaan ini. Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Warga Markas Tentera Darat sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019…










