Ikan Yu di Sungai Tendong - Utusan Malaysia

Ikan Yu di Sungai Tendong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Seorang lelaki terkejut apabila seekor ikan yu tersangkut di pukatnya semasa memukat di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Tepi Sungai Tendong, di sini hari ini.

Ikan seberat empat kilogram itu ditemui oleh Tengku Rosdi Tengku Ismail, 52, pada pukul 3 petang semasa memeriksa pukat miliknya.

Tengku Rosdi berkata, dia terkejut sebaik sahaja mengangkat pukat yang ditahannya itu kerana terdapat seekor ikan yu yg sinonim dengan habitat air masin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, sejurus selepas melihat ikan itu dia terus menarik dan mengangkat pukat tersebut.

“Ini kali pertama saya memperoleh ikan yu. Biasanya ikan spesis ini banyak terdapat di kawasan laut sahaja bukan di sungai dan air tawar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tengku Rosdi memberitahu, sebelum ini dia pernah memperoleh ikan spesis air masin seperti anak cencaru, anak gelama dan selagit.

Katanya, ikan Yu tersebut telah diagihkan kepada ahli keluarga untuk dinikmati bersama.

“Saya bercadang untuk memasak hasil tangkapan ini dengan gulai kuning bersama daun kesum,” ujarnya.

Tengku Rosdi berkata, kebiasaannya dia hanya memperoleh ikan sungai seperti baung dan kakap.

Katanya, menahan pukat merupakan kerja sampingan yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini