Ibu tunggal ditahan ugut tikam adik, sembelih bapa - Utusan Malaysia

Ibu tunggal ditahan ugut tikam adik, sembelih bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 10 Mei – Polis berjaya menahan seorang ibu tunggal yang mengugut untuk menikam adik dan menyembelih bapanya sendiri di sebuah kampung di Kuala Besut minggu lalu.

Wanita berusia 35 tahun itu ditahan tiga hari lalu di rumah keluarganya kira-kira pukul 2 pagi.

Penahanan suspek dibuat ekoran laporan polis oleh adiknya yang berusia 33 tahun kerana bimbangkan keselamatan keluarga terancam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, suspek yang mempunyai dua orang anak dikatakan mengamuk dan mengancam akan mencederakan adik serta bapanya minggu lalu.

Beliau memberitahu, hasil siasatan polis mendapati suspek seorang penagih dadah dan telah menjalani rawatan pemulihan dadah.

“Wanita terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan Jenayah),” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini