Ibu tunggal, anak yatim, atlet paralimpik dirai - Utusan Malaysia

Ibu tunggal, anak yatim, atlet paralimpik dirai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Seramai 40 ibu tunggal, asnaf dan anak yatim di sekitar daerah ini serta atlet paralimpik Perak diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa di Marina Island Pangkor Resort & Hotel di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marina Island Pangkor Resort & Hotel, Ding Mei Looi berkata, program yang dilaksanakan ini merupakan satu tanggungjawab sosial korporat pihaknya dengan kerjasama dari Perak FM dan syarikat tempatan, Relau Sufi.

“Program ini bertujuan meraikan golongan kurang berkemampuan sempena Ramadan, sekali gus menikmati bufet Ramadan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, program yang diadakan ini juga adalah bagi membantu mereka menikmati bulan Ramadan dengan lebih ceria dan tenang menjelang Aidilfitri,” katanya dalam Majlis Sinar Kasih di Marina Island Pangkor Resort & hotel di sini semalam.

Turut hadir, Orang Besar Jajahan Manjung, Datuk Shaharudin Nazari.

Menurut Mei Looi, pihaknya tidak pernah melupakan golongan memerlukan malah sentiasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka sekali gus meringankan beban yang ditanggung.

“Pada kali ini kita meraikan kira-kira 40 orang selain menyampaikan sumbangan wang, hamper dan barangan keperluan asas seperti beras serta gula bagi meringankan beban mereka.

“Selain itu, kita menjemput pelajar tahfiz dari Pangkor untuk bersama-sama menunaikan solat Tarawih. Ini tahun kedua kita melakukan aktiviti seperti ini, malah kita turut menyediakan imam serta tempat solat untuk memudahkan pengunjung menunaikan solat Tarawih,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini