Huddersfields akan dijual selepas ini - Utusan Malaysia

Huddersfields akan dijual selepas ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Mei – Pemilik dan Pengerusi Huddersfield, Dean Hoyle mengesahkan bahawa dia sudah mencapai persetujuan untuk menjual kelab itu.

Hoyle membeli Huddersfield pada 2009 yang menyaksikan The Terriers melonjak daripada Liga Satu ke Liga Perdana Inggeris namun akhirnya kembali ke saingan Liga Kejuaraan pada 30 Mac lalu selepas mengalami beberapa siri kekalahan.

Keputusan itu menyaksikan Phil Hodgkinson akan mengambil alih tugas selaku pengerusi baharu dengan pengambil alihan saham sebanyak 75 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya masih tidak percaya bahawa tempoh saya sebagai pengerusi sudah berakhir.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap peminat Huddersfield di atas sokongan luar biasa mereka terhadap saya dan keluarga saya sepanjang sedekad lalu.

“Kami mempunyai waktu yang luar biasa bersama kelab ini, mewujudkan kenangan yang akan dikenang seumur hidup.

“Hati saya terlalu berat untuk menjual kelab ini dan saya percaya aksi dengan Manchester United mungkin akan menjadi hari penuh emosi dalam hidup saya,” katanya.

Huddersfield akan bertemu Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, esok dan ia akan menjadi perlawanan terakhir buat Hoyle selaku pengerusi di laman sendiri.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini