Hotel Hard Rock Cafe di Port Dickson tertakluk peraturan sedia ada - Utusan Malaysia

Hotel Hard Rock Cafe di Port Dickson tertakluk peraturan sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 19 Mei – Hotel Hard Rock Cafe yang bakal dibuka di sini akan mematuhi semua peraturan dan garis panduan sedia ada yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta orang ramai khususmya penduduk tempatan tidak risau dengan gambaran negatif yang diberikan oleh sesetengah pihak tentang rancangan pembukaan hotel berkenaan.

Jelasnya, hotel itu tertakluk kepada peraturan sama yang dikenakan terhadap hotel-hotel lain di Port Dickson.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Banyak salah faham tercetus akibat khabar angin yang tidak betul seperti penjualan arak berleluasa dan sebagainya.

“Saya dalam perbincangan dengan pengusaha projek, dia tidak menuntut apa-apa syarat baharu, jadi tiada sebarang masalah selepas saya membawa perkara ini kepada kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Ziarah Mahabbah Ramadan di Hospital Port Dickson di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR menambah, Hotel Hard Rock Cafe akan beroperasi di tapak sama seperti dalam perancangan sebelum ini iaitu di Batu 7, Telok Kemang dan akan mula dibina pada tahun ini.

“Projek seperti ini setelah diteliti, ia banyak membantu dalam sektor peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan termasuk faedah kepada peniaga-peniaga kecil. Mereka akan turut merasai impak daripada projek ini dengan menjana lebih banyak peluang ekonomi kepada mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas isu bangunan terbengkalai di Port Dickson sejak puluhan tahun lalu, Anwar berkata, kerajaan negeri akan berunding bagi mengatasi masalah tersebut.

“Walaubagaimanapun kita sedang merencanakan sesuatu kerana bangunan yang besar itu memerlukan beberapa prasarana dan saya berpuas hati dengan perkembangannya setakat ini iaitu hasil kerjasama Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Port Dickson termasuk kerajaan negeri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini