Himpunan gimik politik jatuhkan kerajaan - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Himpunan gimik politik jatuhkan kerajaan – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 3 Mei – Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang bakal diadakan esok di pusat bandar menerusi Gerakkan Pembela Ummah (Ummah) hanya gimik politik untuk memburukkan imej kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertubuhan berkenaan sengaja mencetuskan provokasi menggunakan agama sedangkan negara berada dalam keadaan selamat dan kerajaan berpegang pada Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Islam.

Menurutnya, isu-isu yang berbangkit yang melibatkan kedaulatan Islam merupakan isu terpencil dan tidak menjejaskan keselamatan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tiada masalah sekiranya mereka mahu berhimpun selagi penganjur dapat menjamin perhimpunan itu berjalan dengan aman dan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Tetapi apa yang menghairankan, mereka mahu berhimpun atas pandangan bahawa kedaulatan agama Islam di negara ini dalam keadaan terancam sedangkan keadaan sekarang adalah sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Negara di antara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dengan Datuk Seri Abdul Hamid Bador di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abd Rahman dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Muhyiddin memberitahu, kerajaan sentiasa menyanjung usaha yang dilakukan selama ini dalam menjaga kedaulatan agama Islam.

“Sekiranya gerakan itu mahu membela dan memperjuangkan Islam, mereka tidak patut menghilangkan diri apabila timbul isu Tabung Haji dan juga Felda yang mengalami krisis kewangan yang kritikal.

“Setakat ini tidak ada bukti menunjukkan Islam terabai ataupun tak diberi apa-apa perhatian. Saya percaya ini adalah sebagai gimik politik, mereka sudah kehabisan modal maka mereka menggunakan alasan agama supaya ada orang terikut-ikut dan memberi sokongan, sedangkan hakikatnya bukan begitu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini