Hilangnya pejuang bola sepak negara - Hamidin - Utusan Malaysia

Hilangnya pejuang bola sepak negara – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan pemergian Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai satu kehilangan besar terhadap bola sepak negara.

Jelasnya, pemergian baginda yang merupakan bekas Presiden FAM, AFC dan AFF adalah satu kehilangan besar selepas lebih 30 tahun baginda menabur bakti dalam sukan nombor satu negara.

“Kemangkatan Sultan Pahang adalah satu kehilangan besar yang dianggap sebagai pejuang dan pemimpin bola sepak negara apabila hampir sebahagian usia baginda dihabiskan untuk bola sepak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya melihat baginda mempunyai sifat keikhlasan dan kasih sayang terhadap pemain, pegawai dan kakitangan persatuan sejak saya bersamanya seawal tahun 1995.

“Banyak kenangan pahit dan manis saya bersama baginda dan sudah tentu kita tiada lagi pemimpin bola sepak sepertinya.

“Pemergian baginda merupakan satu kehilangan besar buat bola sepak negara,” jelasnya sebentar tadi.

Baginda mangkat pada 8.50 pagi ini dan berita itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini