Hidup berubah sekelip mata - Utusan Malaysia

Hidup berubah sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Kehidupan Mohd. Huzaimi Hussin, 38, bersama isteri dan anak-anaknya berubah sekelip mata selepas dia disahkan menghidap pelbagai penyakit kronik sejak empat tahun lalu.

Bekas buruh binaan itu berkata, dia terpaksa berhenti kerja kerana menga­lami pe­nyakit lemah jantung, paru-­paru berair, tonsil, ken­cing manis, darah tinggi dan penyakit berkaitan kolesterol manakala isterinya, Siti Yussida Mohd. Yusof, 36, pula menghidap penyakit hiper­tiroid.

Penyakit itu memaksa dia menggunakan mesin bantuan oksigen pada setiap hari sejak tahun lalu yang diterima daripada Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, namun terpaksa membiayai sendiri kos penyelenggaraan sebanyak RM1,170 setiap tiga bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini