SEREMBAN 31 Mei – Hampir dua tan makanan yang tidak terjual dikumpulkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan dalam tempoh sembilan hari di dua bazar Ramadan, di sini baru-baru ini. Pengarahnya, Nordin Amat berkata, makanan itu diperoleh daripada 96 peniaga di bazar Stadium Tuanku Abdul Rahman serta Bandar Baru Nilai yang menyertai kempen ‘Hargai Makanan Elakkan Pembaziran.’ Beliau berkata, dianggarkan antara 120 kilogram (kg) hingga 370…










