Hampir 700 penduduk bandar Rato Dero, Pakistan disahkan positif HIV - Utusan Malaysia

Hampir 700 penduduk bandar Rato Dero, Pakistan disahkan positif HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 26 Mei- Kira-kira 681 orang termasuk 537 kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun disahkan dijangkiti HIV menerusi penggunaan jarum suntikan yang dicemari dengan virus maut itu di sebuah bandar di selatan wilayah Sindh, di sini.

AFP yang memetik penasihat kesihatan khas, Zafar Mirza sebagai berkata, mereka disahkan positif HIV selepas kerajaan menjalankan ujian pemeriksaan ke atas 21,375 penduduk bandar Rato Dero, semalam.

Kemarahan dan ketakutan menyelubungi perkampungan miskin itu akibat penyebaran wabak yang disifatkan pihak berkuasa berpunca daripada kecuaian atau perbuatan khi­anat doktor tempatan. -AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini