Hafizh mengecewakan, namun berpotensi - Poncharal - Utusan Malaysia

Hafizh mengecewakan, namun berpotensi – Poncharal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Keputusan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada musim ini setelah beralih ke jentera KTM terus dihimpit kekecewaan, dengan kedudukan terakhir di Qatar, kedua terakhir (Argentina) dan terakhir semula (Texas).

Lebih tertekan, rakan sepasukan Hafizh di Tech3, Miguel Oliveira telah mengumpul tujuh mata termasuk menduduki tempat ke-11 di Termas, Argentina.

Pengurus pasukan, Herve Poncharal berkata, dia amat kecewa dengan prestasi pelumba itu yang bakal menjangkau usia 25 tahun pada Ahad ini, sambil mendedahkan jentera KTM sebenarnya memiliki potensi untuk pergi lebih jauh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pencapaian Hafizh sangat mengecewakan, namun kami tahu potensinya. Ada kalanya dia laju dua saat berbanding dalam latihan atau pusingan terdahulu. Situasinya ada naik dan turun dan kami tidak faham bagaimana anda boleh mempunyai perbezaan besar daripada catatan masa sepusingan.

“Bagaimanapun kami tetap percaya dia mampu mengharungi perlumbaan mencabar, biarpun ada peningkatan sedikit berbanding Miguel yang tenggelam pusingan demi pusingan.

“Saya tidak suka berada di paling belakang tetapi dia (Hafizh) berada di kedudukan terakhir dan ia bukan posisi terbaik.

“Jurangnya sangat luas, selepas tamat perlumbaan, kami boleh nampak dia tidak ada sesiapa di depannya dan sebab itu motivasinya turun.

“Masih ada tugas yang perlu dilaksanakan untuknya agar Hafizh jelas cara untuk menunggang motosikal dan cuba untuk konsisten dan lebih pantas.

“Masih awal dalam musim ni, baru pusingan ketiga, namun kami memang mahu melihat Hafizh membuktikan kemampuannya dan meningkatkan prestasi, termasuk merapatkan jurang dengan rakan sepasukan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini