JAKARTA 31 Mei – Gunung Merapi di Yogyakarta dan Jawa Tengah dilaporkan memuntahkan lahar sejauh satu kilometer, semalam. CNN Indonesia yang memetik Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Hanik Humaida sebagai berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan berlakunya tiga kali letusan antara pukul 12 tengah hari dan 6 petang waktu tempatan. Kejadian itu katanya, turut merekodkan 11 pergerakan dari dua hingga 61 milimeter (mm). “Setakat ini,…










