DENPASAR, Bali – Gunung Agung di daerah Karangasem, Pulau Bali meletus lagi kelmarin dengan menghamburkan lahar ke semua arah pada ketinggian antara 2.5 hingga 3 kilometer. Gunung berapi itu meletus pada pukul 7.23 malam (waktu tempatan). “Benar, ada berlaku letupan. Ketinggian kepulan abu yang terhasil tidak dilaporkan. Bagaimanapun, terdapat bunyi deruman didengari di pusat pemantauan,” kata ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Wilayah Bali, I Made Rentin. Menurutnya, durasi letusan…










