LONDON 3 Mei – Arsenal melupakan seketika prestasi buruk dalam liga domestik apabila mengorak langkah besar untuk memburu tiket final Liga Europa selepas menewaskan Valencia 3-1 pada separuh akhir pertama, sebentar tadi. Dua jaringan Alexandre Lacazette, selain satu gol menerusi Pierre-Emerick Aubameyang memberi bekalan terbaik buat Gunners apabila bertandang ke Sepanyol dalam aksi timbal balik, Khamis depan. Anak-anak buah Unai Emery bagaimanapun cemas seketika selepas Valencia terlebih dulu membuka jaringan…










