PUTRAJAYA 5 Mei – Orang ramai dinasihatkan untuk hanya membeli dan menggunakan kelengkapan komunikasi yang mempunyai label pemerakuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ketua Bahagian Penguatkuasaan SKMM, Datuk Mohd. Shafie Harun berkata, kelengkapan-kelengkapan tersebut merangkumi telefon tanpa wayar, antena televisyen UHF, dekoder TV Digital myFreeview dan kotak TV Android. Menurutnya, sejak kebelakangan ini terdapat kelengkapan-kelengkapan sedemikian yang tidak diperakui telah dijual di saluran-saluran runcit dan secara dalam talian. “Peringatan itu bertujuan untuk melindungi keselamatan para pengguna dan mengelakkan gangguan terhadap perkhidmatan komunikasi. “Bagi memastikan kelengkapan komunikasi yang digunakan adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya