SAUDAR PENGARANG, SAYA merujuk kepada laporan Utusan Online bertarikh 26 April 2019 bertajuk ‘BTS: Ini Jawapan Syed Saddiq’. Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Belia dan Sukan itu yang menerangkan bahawa Malaysia perlu menjadi destinasi utama dalam penganjuran persidangan antarabangsa termasuklah konsert yang mampu menarik kehadiran puluhan ribu pelancong asing seperti kumpulan K-Pop berpengaruh, BTS sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Saya kira alternatif ini mampu menyuntik pendapatan negara yang lebih besar,…










