LOS ANGELES 17 Mei – Seekor kucing yang menjadi ‘bintang media sosial’ dan diberi nama Grumpy Cat dilaporkan mati ketika berusia tujuh tahun.
Perkara itu diumumkan oleh pemilik haiwan berkenaan dalam satu kenyataan di Twitter hari ini.
Kucing tersebut mencipta populariti tersendiri dan mempunyai ramai peminat termasuk daripada golongan selebriti seperti Jennifer Lopez.
Memuatkan artikel berkaitan…
Haiwan itu dikatakan mati akibat jangkitan kuman pada saluran kencing. – AFP











