GRO duduk di sebalik cermin kaca tunggu pelanggan - Utusan Malaysia

GRO duduk di sebalik cermin kaca tunggu pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Duduk di sebalik cermin kaca sambil menunggu lelaki hidung belang datang melanggan bagi mendapatkan khidmat urutan.

Itu kegiatan dilakukan 25 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat urut di Taman Bukit Mayang, Petaling Jaya dekat sini.

Bagaimanapun, aktiviti yang dijalankan pusat urut itu terbongkar selepas diserbu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, sebanyak dua pegawai dan 10 anggota telah terlibat dalam serbuan tersebut.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintenden Azmi Syukor berkata, hasil siasatan mendapati, pusat urut terbabit telah menarik pelanggan dengan menyediakan khidmat urutan batin termasuk seks untuk lelaki hidung belang melepaskan nafsu.

Katanya, hasil serbuan itu, sebanyak 11 wanita warga asing membabitkan lapan warga Vietnam dan tiga warga Thailand disyaki bekerja di premis berkenaan telah ditahan.

“Selain itu, kita turut menahan dua penjaga premis dan 12 pelanggan lelaki di pusat urut berkenaan.

“Siasatan awal mendapati premis terbabit aktif dalam aktiviti pelacuran sejak dua minggu lalu dan turut menyediakan pakej urutan batin serta badan ke badan (B2B) dengan harga bermula RM150 bagi satu sesi,” katanya di sini hari ini.

Tambah Azmi, semakan dilakukan terhadap wanita warga asing yang ditahan mendapati mereka tidak mempunyai permit kerja yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Pihak kita turut merampas empat tuala, minyak urut, jadual kerja dan wang tunai RM2,660.

“Sehubungan itu, kesemua suspek berusia 25 hingga 35 tahun yang ditahan akan direman bagi siasatan lanjut,”jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini