Griezmann teruk diejek pada perlawanan terakhir - Utusan Malaysia

Griezmann teruk diejek pada perlawanan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Mei – Antoine Griezmann menjadi bahan ejekan biarpun beraksi penuh dalam perlawanan penutup La Liga menentang Levante, menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Griezmann bakal meninggalkan Atletico untuk menyertai Barcelona pada musim panas ini.

Sepanjang perlawanan tersebut, penyerang berusia 28 tahun itu diejek setiap kali menyentuh bola sekalipun beraksi di tempat lawan dengan sekumpulan penyokong Atletico menyanyikan chant ‘keluar, keluar, keluar’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyokong tersebut tidak putus-putus mengejek Griezmann biarpun Atletico beraksi dengan 10 pemain selepas Angel Correa dilayangkan kad merah pada minit ke-51.

Dalam saingan tersebut Erick Cabaco dan Roger Marti meletakkan tuan rumah di depan dalam separuh masa pertama sebelum Rodri serta Sergio Camello menyamakan kedudukan di babak kedua.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini