KUALA LUMPUR – Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan beberapa hari lagi, Gloria Jean’s Coffees (GJC) memperkenalkan menu baharu yang sesuai untuk juadah berbuka puasa.
Menu tersebut ialah Glory Ramadan Authentic Creamy Peanut Burger, yang turut dijual bersama Blueberry Latte atau Chiller pada harga RM19.
Selain itu, syarikat turut memperkenalkan sajian Melayu iaitu set nasi bersama asam pedas ikan pari, daging salai lemak cili api, ayam masak lemak cili api dan kerutuk daging dengan harga jualan RM19 untuk satu set bersama Iced Tea atau Iced Americano.
Ketua Pegawai Eksekutif Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd., Zafrul Azman Mohamed Azrai berkata, pihaknya menyasarkan kenaikan jualan sebanyak 11 peratus bagi keseluruhan outlet GJC dengan pengenalan menu baharu itu.
“Pengenalan menu baharu ini akan dilaksanakan secara berperingkat di kesemua premis GJC seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kempen Ramadan dan Raya bersama GJC di Menara PNS di sini semalam.
Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Perniagaan Francais PNS, Fauzi Awang.
Sempena kempen berkenaan, GJC akan turut mempromosikan pembudayaan Pay It Forward This Ramadan yang mana pelanggan digalakkan membeli minuman tambahan untuk didermakan kepada pelanggan seterusnya.
Selain itu, GJC turut mengadakan peraduan Glorify Mom bagi menyambut hari ibu yang bakal diraikan pada 12 Mei ini.
Pelanggan hanya perlu memuat naik gambar bersama ibu mereka dengan kapsyen unik ‘kenapa ibu anda hebat’ dan hashtag #glorymom serta #gloriajeanscoffees di laman sosial Facebook, Instagram atau Twitter untuk hadiah makan malam bersama ibu pada hari tersebut.











