Giliran isteri Casillas diuji - Utusan Malaysia

Giliran isteri Casillas diuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANYOL 22 Mei – Isteri kepada penjaga gol Porto, Iker Casillas iaitu Sara Carbonero mendedahkan dia kini sedang bertarung dengan kanser ovari.

Berita sedih itu dikongsikan Carbonero di laman sosial kurang dari tiga minggu suaminya terkena serangan jantung ketika berlatih bersama pasukan.

“Apabila kita masih belum pulih daripada satu kejutan, sekali lagi kehidupan mengejutkan kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kali ini mengenai saya, beberapa hari lalu sewaktu pemeriksaan kesihatan, doktor mengambarkan satu ketumbuhan di ovari dan saya perlu melakukan pembedahan.

“Semuanya kelihatan okay namun saya masih ada beberapa bulan untuk bertarung dengan melakukan rawatan.

“Saya menghadapi ini dengan tenang dan yakin semuanya akan okay. Saya tahu laluan semakin sukar namun pastinya ada pengakhiran yang menggembirakan. Saya mempunyai sokongan daripada keluarga, rakan dan pasukan perubatan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini