Geng curi kereta Jibam Makam tumpas - Utusan Malaysia

Geng curi kereta Jibam Makam tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 14 Mei – Polis menumpaskan sindiket curi kereta yang dikenali sebagai ‘Jibam Makam’ selepas menahan enam suspek termasuk seorang perempuan dalam serbuan yang dilakukan di sebuah bengkel di Kampung Makam, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, bertindak di atas hasil maklumat dan risikan, kira-kira pukul 11 malam, sepasukan polis unit tindakan khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Derah (IPD) Kota Tinggi memberkas kesemua suspek berusia lingkungan 23 hingga 53 tahun.

ANTARA peralatan yang dirampas daripada sindiket curi kereta yang dikenali sebagai Jibam Makam dalam
ANTARA peralatan yang dirampas daripada sindiket curi kereta yang dikenali sebagai Jibam Makam dalam serbuan di sebuah bengkel di Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor kelmarin. – UTUSAN ONLINE

Katanya, pemeriksaan lanjut di premis berkenaan menemukan tiga kereta disyaki kenderaan curi, selaras senjata api ‘pump gun’ bersama-sama empat butir peluru penabur dan lima butir kelosong peluru 0.38 milimeter (mm).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Modus operandi sindiket ini ialah dengan mensasarkan kereta yang tidak dipasang kunci tambahan seterusnya bertindak meleraikan komponen kereta yang sudah dicuri untuk dijual dan rangka kereta dipotong untuk dilupuskan.

“Dengan tertangkap sindiket Jibam Makam ini, polis dapat menyelesaikan 15 kes kecurian kenderaan di daerah ini dengan jumlah kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM80,000,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahsmon berkata, dalam serbuan sama, polis turut menemukan dua paket kecil plastik lutsinar mengandungi dadah yang disyaki jenis heroin seberat 72.2gram syabu seberat 3.2gram. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini