Gaviria kecewakan peminat Itali - Utusan Malaysia

Gaviria kecewakan peminat Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ORBETELLO, Itali 14 Mei – Pelumba Colombia, Fernando Gaviria dari pasukan UAE Team Emirates mengecewakan peminat berbasikal Itali apabila dinobat sebagai juara peringkat ketiga Giro d’Itali 2019 selepas kemenangan jaguh tuan rumah, Elia Viviani dibatalkan hari ini.

Viviani yang beraksi buat pasukan Deceuninck-Quick Step terlebih dulu melepasi garisan penamat dalam perlumbaan sejauh 220 kilometer dari Vinci ke Orbetello, namun dia melintas di depan rakan senegaranya, Matteo Moschetti (Trek-Segafredo) ketika memecut ke garisan penamat.

Pelumba Perancis, Arnaud Demare (Groupama-FDJ) naik ke tangga kedua manakala jaguh Jerman yang juga pemenang peringkat kedua, Pascal Ackermann dari pasukan Bora-Hansgrohe menduduki tempat ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Juri menonton ulang tayang video ketika pecutan dilakukan dan memutuskan untuk membatalkan kemenangan Elia Viviani. Fernando Gabiria diumum sebagai pemenang peringkat ketiga,” kata penganjur dalam Twitter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini