Gara-gara tak sependapat, Gasset angkat kaki - Utusan Malaysia

Gara-gara tak sependapat, Gasset angkat kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 22 Mei – Jean-Louis Gasset akan meninggalkan Saint-Etienne selepas dilaporkan tidak sehaluan dengan ahli lembaga pengarah kelab tersebut walaupun layak ke Liga Europa pada musim depan.

Gasset, 65, mengambil alih pasukan itu sejak Disember 2017 dan membantu Saint-Etienne menamatkan saingan Ligue 1 di tempat keempat pada musim ini.

Dia mengesahkan tiket ke kejohanan Eropah itu buat kali pertama sejak 2017 untuk skuad Les Verts namun menurut media tempatan Perancis, L’Equipe mendakwa ahli lembaga pengarah kelab tersebut tidak menyediakan duit untuk Gasset membeli pemain baharu pada musim panas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya datang ke sini untuk melengkapkan misi dan saya fikir bersama Ghislain (Printant, penolong jurulatih) kami telah meletakkan Saint-Etienne di tempat yang sepatutnya,” katanya.

Gasset berkata dia mahu melihat Printan menggantikan tempatnya sebaik sahaja dia meninggalkan kelab tersebut.

“Saya tidak mempunyai kuasa untuk memilih tetapi dia mempunyai kelebihan, dia sudah pun memimpin pasukan dalam Ligue 1, berpengalaman serta mengenali kelab ini dengan hatinya,” kata Gasset lagi.

Sebelum ini, Gasset merupakan penolong kepada Laurent Blanc ketika bersama skuad kebangsaan Perancis selepas dia membantu Bordeaux memenangi liga serta mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini