Gajah liar sesat dalam kesesakan lalu lintas di India - Utusan Malaysia

Gajah liar sesat dalam kesesakan lalu lintas di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUWAHATI, India – Seekor gajah liar dirakam tersesat masuk ke tengah lebuh raya sesak di sini baru-baru ini selepas meninggalkan habitatnya dipercayai kerana mahu mencari makanan.

Gajah itu dilihat kekal tenang walaupun dikelilingi orang ramai yang memukulnya dengan buluh dan menjerit untuk cuba menghalaunya kembali ke Hutan Simpan Amchang di negeri Assam, kira-kira 16 kilometer dari pusat bandar ini.

Rakaman itu menunjukkan gajah tersebut bergerak di celah-celah kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, malah mamalia tersebut sempat menolak sebuah van putih yang menghalang laluannya di lebuh raya berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Orang ramai yang cuba membantu menghalau gajah sesat itu dilihat mencuba pelbagai kaedah termasuk memukul tin kosong sebelum anggota jabatan perhutanan tiba dan memasang penghadang bagi menghalangnya bergerak lebih jauh ke tengah bandar.

Gajah itu akhirnya terpaksa ditembak dengan ubat pelali dan diusung ke zoo negeri Assam di sini. Mamalia itu dijangka akan dikembalikan ke habitatnya di hutan simpan tersebut secepat mungkin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini