KUALA LUMPUR – Fraser&Neave Holdings Bhd. (F&NHB) telah bersedia untuk menghadapi pelaksanaan duti eksais ke atas minuman bergula (SSB) yang bakal bermula 1 Julai ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Yew Hoe berkata, pihaknya telah menggariskan tiga hala tuju umum sebagai penampan kepada pelaksanaan SSB. Usaha syarikat ialah memperkenalkan pek dengan saiz lebih kecil, merumuskan semula resipi untuk mengurangkan kandungan gula pada produk sedia ada dan menggiatkan inovasi dalam kategori produk…










