Ferguson puji Bayern berbanding United - Utusan Malaysia

Ferguson puji Bayern berbanding United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 Mei – Alex Ferguson memuji struktur bola sepak Bayern Munich, dengan bekas pengendali Manchester United itu memuji juara Bundesliga tersebut mengekalkan hubungan rapat dengan bekas pemain.

Pada ketika United bergelut sejak ketiadaan Ferguson pada 2013, sehingga gagal memenangi Liga Perdana Inggeris, Bayern meneruskan dominasi mereka di Bundesliga menerusi tujuh gelaran berturut-turut.

United menamatkan saingan musim ini di tangga keenam dan terlepas daripada kelayakan Liga Juara-Juara, dengan skuad Red Devils kini masih mencari pengarah bola sepak untuk membantu pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ferguson bagaimanapun memuji hierarki Bayern, yang diketuai presiden Uli Hoeness dan pengerusi Karl-Heinz Rummenigge.

“Mereka kelab hebat. Ia satu kelab yang berjalan pada landasan yang betul. Bekas pemain menguruskannya dengan baik, Uli Hoeness dan Karl-Heinz Rummenigge.

“Mereka menguruskan kelab dengan cara yang betul dan mereka sentiasa memenangi liga di Jerman. Mereka kelab hebat,” kata Ferguson kepada MUTV sebelum pertandingan Treble Reunion semalam, yang menyaksikan United menang 5-0 di Old Trafford.

Solskjaer dan United sedang bergelut selepas mereka ketinggalan 32 mata daripada juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini