PARIS 3 Mei – Roger Federer bakal turun di kejohanan gelanggang tanah liat pertamanya dalam tempoh tiga tahun dengan destinasi sulung adalah di Madrid pada minggu depan.
Sambil menyifatkan dirinya sebagai ‘orang asing’ di gelangang berdebu itu, Federer, 37, yang kali terakhir beraksi pada Masters Rome 2016 bagaimanapun tetap berdebar untuk memulakan cabaran seperti pemain baru.
“Saya berasa teruja. Ia satu cabaran yang bagus untuk saya dan ujian yang baik. Yakin tidak juga ibarat saya ini orang asing. Saya kena mula dari bawah semula,” katanya yang sebelum ini lebih menumpukan perhatian kepada gelanggang keras dan rumput sahaja.
Federer kini dalam perjalanan untuk kembali ke Terbuka Perancis, kejohanan Grand Slam tanah liat yang menjadi kemuncak sasarannya tahun ini. – AFP











