Dalam suhu dingin ruang legar kompleks beli-belah GMBB Mall, Kuala Lumpur pagi itu, Siti Shaqira Ramli mencetuskan tanda tanya para pengunjung apabila memanaskan sesuatu di dalam periuk sambil mengaduk-aduk persis memasak. Tambah mengundang hairan, di hadapan wanita yang berhijab dan berbaju ala kimono itu terdapat sebuah baldi berisi larutan berwarna biru. Siti Shaqira, 29, kemudian bingkas mencapai sehelai kain putih lalu dilipat-lipat menjadi segi tiga sebelum ia diikat dengan apitan…










