EPIC rai 356 pelajar tahfiz Kemaman - Utusan Malaysia

EPIC rai 356 pelajar tahfiz Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 24 Mei – Anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad sekali lagi menganjurkan Majlis Iftar Ramadan EPIC Bersama Pelajar-Pelajar Tahfiz Sekitar Kemaman di Dewan Serbaguna Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) Sdn. Bhd. di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Saabi Wahab berkata, program itu merupakan acara tahunan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu (GLC).

“Seramai 356 orang pelajar tahfiz daripada lapan buah pusat tahfiz di daerah Kemaman menerima wang tunai dan cenderahati sumbangan EPIC Berhad,” katanya dalam majlis itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis perasmian dan penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri yang juga Pengerusi KSB, Hanafiah Mat.

Saabi berkata, melalui sumbangan ini, diharap dapat meringankan beban mereka dan majlis ini juga melambangkan sokongan EPIC kepada mereka dalam aspek pembelajaran agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat di masa hadapan.

“Selain itu majlis ini juga diisi dengan ceramah agama, tahlil dan selawat. Ia turut diserikan dengan persembahan akuatik berunsur ketuhanan oleh Kumpulan Aeroplane,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini