Enam lampu isyarat ditutup elak kesesakan laluan ke Kuala Pilah - Utusan Malaysia

Enam lampu isyarat ditutup elak kesesakan laluan ke Kuala Pilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Enam lampu isyarat di sepanjang Jalan Kuala Pilah – Seremban dekat sini ditutup sementara bermula 1 hingga 9 Jun ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Syahrul Nizam Saleh berkata, langkah itu antara strategi bagi memastikan kelancaran lalu lintas di sepanjang laluan Kuala Pilah – Seremban.

“Lampu isyarat terlibat di persimpangan Ampang Tinggi, di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Samad dan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Idris.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut ditutup lampu isyarat di hadapan SK Yam Tuan Hitam, di kawasan rehat Taman Rekreasi Ulu Bendul dan di hadapan SK Ulu Bendul,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Syahrul Nizam berkata, Jawatankuasa Pengurusan Lalu-Lintas Daerah Kuala Pilah turut membuat keputusan menutup sementara dua persimpangan masuk utama ke bandar Kuala Pilah dari 1 hingga 9 Jun.
 
Menurut beliau, persimpangan terlibat adalah persimpangan Jalan Undang Johol – Jalan Perpatih dan persimpangan Jalan Datuk Undang Johol – Jalan Datuk Abdul Manap.

Kata beliau, inisiatif seterusnya adalah rondaan anggota polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di tujuh kawasan tumpuan kesesakan lalu lintas di daerah ini.

Tambah beliau, perkongsian maklumat bersama pengguna jalan raya melalui Facebook dan talian telefon akan turut dilaksanakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini