Empat terima notis hadir pejabat agama kerana ponteng puasa - Utusan Malaysia

Empat terima notis hadir pejabat agama kerana ponteng puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 15 Mei – Seramai empat orang diberi notis untuk hadir ke pejabat agama kerana makan dan minum di khalayak ramai dalam Op Ponteng Puasa oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) di beberapa buah lokasi di daerah Kuala Muda di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Undang-Undang Syariahnya, Sheikh Azhari Mohamad berkata, operasi bermula pukul 10 pagi itu bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang peraturan undang-undang Islam dalam bulan puasa di negeri ini.

Kata beliau, operasi diketuai oleh Ketua Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin itu, dibantu pegawai-pegawai daerah Yan, Kota Setar, Bandar Baharu dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka yang melakukan kesalahan ini telah diberikan notis hadir ke pejabat agama mengikut Seksyen 14(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah kerana kesalahan makan dan minum di tempat awam semasa waktu berpuasa,” katanya di sini.

Menurut beliau, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Azhari berkata, berdasarkan pemeriksaan terdapat kedai menjual makanan kepada orang Islam bermula pukul 10 pagi dan memperoleh keuntungan mendadak sehingga RM200 sehari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini