Empat jawatan kanan PDRM diumum masa terdekat - Utusan Malaysia

Empat jawatan kanan PDRM diumum masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 3 Mei – Empat jawatan kanan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jawatan tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah Cawangan Khas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman.


Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara akan dilakukan sejurus mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan Timbalan Ketua Polis akan berlangsung tidak lama lagi. Sejurus diperkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), kita akan jalankan upacara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Proses pelantikan tiada masalah dan semuanya akan selesai tidak lama lagi. Nama-nama yang berkenaan telah dikemukakan kepada Perdana Menteri dan selepas itu beliau akan mengangkat calon tersenarai kepada YDPA,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara antara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Datuk Seri Abdul Hamid Bador di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.


Turut hadir, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini